Saturday, August 3, 2013

Minat

Hello...

Lama nya blog ini berhabuk... Lebih dari setahun...

Sekarang telah menjalani kehidupan baru sebagai seorang penyarah di Open University Malaysia (OUM) ... Memang sesuatu yang aku sangat idamkan... Entah lah... memang dari muda lagi telah menyimpan niat untuk menjadi cikgu... tapi kali ini.. up sikit la.. "Lecturer"..

Minat berkongsi ilmu telah lama terbuku dalam sanubari. Tidak tahu kenapa, berkongsi ilmu dan melihat orang lain berjaya adalah satu kepuasan. Ada yang bertanya, kenapa minat mengajar? Jawapan saya ringkas... "Minat "- (ya la kan.. dah nama minat)

Topik kali ini adalah berkenaan "Minat". Apa yang anda minat? Apa yang anda suka buat? Semuanya menjurus kearah yang sama...

Menurut kajian, sekiranya kita melakukan perkara yang kita minat, hasil nya akan menjadi sesuatu yang luar biasa. Betul ka ni? Mungkin juga... Dari pengalaman sendiri, dan lebih 10 tahun dalam bidang korporat, mengajar memberikan kepuasan yang lebih. Dahulu, walaupun mempunyai kerja tetap dan berjawatan tinggi, hujung minggu tetap juga mengajar. Biar lah tiada rehat, tapi kepuasan mengajar dan berkongsi ilmu melebihi penat dan lelah...

Bagaimana dengan anda? Apa yang anda minat? Orang kata minat boleh menjadi kerjaya. Mungkin juga... Kita ambil contoh penyanyi tersohor Tanah air, Datuk Siti Nurhaliza. Minat beliau menyanyi dari kecil telah diolah menjadi kerjaya yang cemerlang.

Minat semua orang mungkin berbeza dari antara satu sama lain. Anda mungkin mempunyai minat anda sendiri. Yang penting, lakukan sesuatu pada "minat" anda tersebut, mudah mudahan boleh memberikan pulangan yang cemerlang kepada anda...