Thursday, October 16, 2014

Apple Macbook Pro - Non Retina

Yeayyy.... akhirnya saya membuat satu keputusan yang telah lama saya tangguhkan..... Impian memiliki sebuat laptop baru jenama Apple - MacBook Pro. Terdapat dua versi Macbook pro di pasaran; retina dan non-retina.

Bagi saya, saya memilih untuk membeli non-retina, bukan disebabkan harga nya lebih murah berbanding retina, tetapi model ini memiliki optical drive dan juga kapasiti simpanan yang besar... 500GB.


Produk keluaran Apple atau lebih spesifiknya Laptop/komputer dll. mempunyai daya ketahanan yang lebih tinggi. Produknya jarang bermasalah (saya katakan jarang, bukan tiada) jika dibandingkan dengan jenama yang lain. Mungkin ini juga antara faktor yang menjadikan harga Macbook oleh Apple lebih tinggi berbanding berbanding dengan jenama lain... (saya gunakan perkatan lebih tinggi dan bukan mahal)

Memandangkan Operating System (OS) yang digunakan oleh Apple berbeza dengan apa Windows (yang telah saya gunakan sejak 20 tahun yang lepas), memang saya akui cabaran untuk menggunakan laptop ini agak tinggi... tetapi saya tetap percaya... dalam tempoh seminggu, semuanya akan jadi "kacang"....

Its my new toy and money making machine... keh keh keh...

Thank you!!!!

Teguran atau Marah???

Ramai ada yang mengatakan "teguran" itu merupakan sejenis kemarahan yang diluahan.

Boleh jadi dan ada benarnya. Kebiasaan nya, teguran dibuat atas dasar tidak puas hati atau tidak bersetuju dengan apa yang telah seseorang lakukan. Itu padangan dari individu yang memberi teguran.

Bagi individu yang menerima teguran pula, kebiasaan nya memang agak panas telinga lah.... dan yang paling seronoknya adalah penerima teguran akan mula berimiginasi yang bukan-bukan; contoh nya, "orang ini mesti benci aku"... atau "musnah lah kehidupan aku selepas ini"... - mesti anda pun pernah merasai benda sebegini kan? saya sendiri pun pernah...
 
 
Ini terjadi apabila kedudukan anda sebagai seorang pemimpin (boss - perkataan senang) di sesebuah organisasi. Anak buah pula telah beberapa kali diingatkan secara bersemuka dan bertulis tentang apa yang mereka perlu lakukan dan juga apa yang tidak boleh lakukan. Begitu juga, telah diajar beberapa kali cara-cara dan tatakerja sesuatu tugasan yang dikehendaki.
 
TETAPI... si anak buah pula berulangkali melakukan kesilapan dan terlupa. Nasib baik lah si boss pula jenis yang pemaaf dan menunjukkan cara lagi...
 
Persoalan nya... berapa kali nak kena ajar? Pemaaf pemaaf juga, tetapi ada batasnya kan?
 
Kalau boss menegur, boss pula yang dilabelkan garang atau tak bertimbang rasa... Tapi kalau satu kerja yang mudah, silapnya sampai 5 kali... adakah si boss itu garang atau si anak buah itu bebal? Persoalan nya.... "layak kah orang itu memikul tanggung jawab itu?"...
 
Sama sama kita fikirkan....