Showing posts with label World. Show all posts
Showing posts with label World. Show all posts

Saturday, April 3, 2010

A LADY WHO INSPIRES ME...

Susan Boyle...

Siapa yang tidak kenal akan "makcik" yang tidak mempunyai rupa, berbadan gempal, orang "kampung" itu dan ini...

Di Malaysia... kita dihantui oleh fenomena Akademi Fantasia (AF) yang saban tahun melahirkan artis-artis baru dari rancangan realitinya... Dan sudah terbukti AF berjaya melahirkan artis2 yang berjaya dan telah terbukti juga AF melahirkan artis2 yang ada rupa tapi tidak punya suara... - Sedangkan konsep AF adalah pertandingan nyanyian... (konon2 nya la) tetapi berjaya juga... seperti ... lu pikir la sendiri sapa... DAN tidak kurang juga ramai yang trus tenggelam termasuk sesetengah FINALIS dalam konsert AF... Apakejadah nya...

OK... berbalik pada cerita makcik seorang itu...

Kalau di Malaysia la... aku rasa awal2 lagi makcik tu dah kena reject... Aku imagine, kalau makcik tu ikut ujibakat AF, waktu dia antar borang sudah kena reject, pasal muka sungguh tak commercial...



Begitu juga yang berlaku pada Susan Boyle...

Sebelum memulakan nyanyian, ketika ditemuramah, Susan telah dipandang jijik oleh para penonton... Dan telah "ditemuramah secara sindiran" oleh para hakim Britians Got Telents siri 2009... Salah seorang hakim... Simon Cowell... Tau2 la.. kalau Simon ... sapa tak kenal...
"Apa impian anda...?"
"Menjadi seorang penyanyi profesional..." jawab Susan bersahaja
"habis... masih belum tercapai?" tanya Simon lagi
"Saya masih belum berpeluang, mungkin ini la peluang saya?"
"Kamu hendak menjadi terkenal seperti siapa?" satu lagi soalan sindiran oleh Simon
"Elaine Pages" Jawab Susan dengan yakinnya...
Disaat itu, semua penonton ketawa dan mengeji jawapan Susan yang teringin untuk menjadi terkenal dan hebat seperti Diva pujaan nya, Elaine Pages...
Dia memulakan nyanyian nya... Sebuah lagu lama yang sukar dan jarang dinyanyikan oleh penyanyi moden...
Seketika Susan membuka mulut nya.... Mulut Amanda Holden yang juga salah seorang hakim pertandingan itu terngaga luas...
Simon pula tergamam.... Mungkin menyesal dengan kata kata yang telah dilemparkan kepada Susan sebelum mendengar nyanyiannya...

Susan telah menyanyi dengan yakin... Mendapat tepukan yang sangat sangat gemuruh dari para hadirin yang sebentar tadi mengejinya.. Semuanya berdiri memberi penghargaan kepada Susan...
Lagu "I dreamed a dream" telah menjadi azimat yang memukau seluruh dunia yang menyaksikan rancangan itu yang dipancarkan secara langsung ke seluruh dunia. Sehingga kini, video klip nyanyian Susan Boyle telah mendapat ranking tertinggi dalam Youtube dan telah ditonton melebihi 30juta dalam hanya beberapa minggu di-upload ke internet...
Susan merupakan inspirasi kepada semua orang yang mempunyai cita2 tinggi. Walaupun berasal dari perkampungan terpencil di Scotland, tidak berpendidikan, tiada rupa, tiada pakej untuk menjadi seorang ARTIS,... dengan hanya berbekalkan keikhlasan, keyakinan dan keazaman untuk berjaya... telah membuatkan dirinya lebih terkenal dari semua artis Hollywood yang hebat dalam sekelip mata...
Itulah mukjizat yang telah dilakukan oleh seorang MAKCIK yang sebelumnya dikeji, tetapi sekelip mata telah disayangi oleh seluruh dunia...
PENGAJARAN: Lakukan sesuatu dengan keikhlasan... dan itu lah hasil nya... seperti SUSAN BOYLE... SuBo... Dream is no more a dream...

Thursday, December 17, 2009

Blessed Christmas And Happy New Year 2010



Christmas



Have A Blessed Christmas and Happy New Year 2010 to all friends and relatives.
Thanks God for the blessings in 2009. It has been a challenging year...
and Praise The Lord im still alive...hahaha
Christmas is just around the corner.
It marks the year end and to welcome a brand new year.
Once again, have a Blessed Christmas and a Very Happy New Year...

Monday, September 28, 2009

51 maut, 280,000 dipindahkan ribut Ketsana landa Filipina







Petikan dari Berita Harian

Posted on the September 27th, 2009 under Berita, Warning by JOERODEO

"MANILA: Sekurang-kurangnya 51 maut dan lebih suku juta penduduk dipindahkan selepas ribut tropika Ketsana melanda Manila semalam, menyebabkan hujan paling lebat sejak lebih empat dekad.

Manila dan kawasan sekitarnya dilanda banjir yang teruk lebih sembilan jam semalam, menyebabkan 80 peratus ibu negara Filipina itu lumpuh......

Teodoro berkata, ribut itu juga menyebabkan lebih 280,000 penduduk Manila terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing manakala lima lagi wilayah membabitkan 41,000 mangsa dipindahkan ke 92 pusat pemindahan sementara.

kredit ~ bharian.com.my

*************************************************

Sedih ketika menonton siaran berita TV3, 8 mlm. 27hb September 2009, melihat keadaan mangsa banjir akibat ribut ketsana yang telah menambah lagi penderitaan negara Philipin.

Ketika melawat ke negara tersebut pada penghujung 2008, saya telah dapat merasakan penderitaan yang dialami oleh penghuni kota metro, dengan keadaan daif dan miskin. Yang kaya terlampau kaya, dan yang miskin terlampau miskin...

Apa sudah berlaku? Dimanakan sifat kemanusiaan???

*************************************************
believe it or not...
we are in the end of time !!!

Revelation 3:10
Because thou didst keep the word of my patience, I also will keep thee from the hour of trial, that [hour] which is to come upon the whole world, to try them that dwell upon the earth.

Wahyu 3:10
Karena engkau menuruti firman-Ku, untuk tekun menantikan Aku, maka Akupun akan melindungi engkau dari hari pencobaan yang akan datang atas seluruh dunia untuk mencobai mereka yang diam di bumi.