Sunday, March 14, 2010

matematik @ ilmu hisab



Hari ini kita relak sikit. Kurangkan sikit stress,
cuba baca kisah 3 orang budak di bawah ini.

Ni ada 3 orang budak..nama diorang Ali, Abu
& Ahmad

Ahmad nak beli kasut. Harga kasut tu RM97.
Dia takde duit. So dia pinjam dengan Abu
dan Ali seorang RM50.

Sekarang dia dah ada RM100.

Dia pun beli kasut tu. Pastu bakinye
ada lagi RM3 kan?

Dengan baki tu dia bayar balik kat
Abu dan Ali seorang RM1.

RM50 yang dia hutang dengan Abu
dan Ali tadi dah tinggal RM49 seorang kan?

49+49=98 kan?

Kat Ahmad ada lagi RM1.

98+1=99 kan?

Persoalannya ... mana perginya
lagi RM1 untuk cukupkan balik RM100 tadi ya?

Thursday, March 11, 2010

Surat Untuk BINI - kompom kena karate...

Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.


Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

14 Februari 2007

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.


2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah
kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah
di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota
yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih
ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi
secepat mungkin.

Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat
masa ini ialah Cik Erra Fazira binti Ramli yang
merupakan setiausaha saya di pejabat.

Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di
pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia
bersama kita di dalam organisasi keluarga kita.
Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa
akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya
masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi
memandangkan poket saya yang selalu nipis,
terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini
di samping kurangnye rasa keyakinan untuk
mengemukakan permohonan ini.

Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua
duit pelaburan ASB saya, saya merasakan
kembalinya semangat saya yang telah hilang selama
ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan
kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah
pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup
kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin
puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang
puan miliki sudah bertambah besar.

Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan
pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti
gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu,
sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan
lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari
kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap
menikmati apa yang telah puan miliki sekarang
dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem
syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1
hari cuti rehat.

Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh
pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati
ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu
puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan
memantau aktiviti yang puan lakukan.

Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil
kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya
dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat
berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan
saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat
berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain.

Saya harap permohonan saya ini di balas dengan
senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan
tandatangan puan di atas kertas yang saya
lampirkan bukannya balingan periuk nasi,
pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan
perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk
melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini.
Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita
menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam
keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih
kurang sama dengan masa kini.

Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya
ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga
dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali
ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja
akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini
dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita
bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat
melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG
RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki


(hohoho... Thanks PakTabib)