Friday, August 28, 2009

Tahniah Dato' Seri Idris Jala


Mula mengenali Idris Jala dengan hanya panggilan ENCIK ketika beliau masih MD kepada SMDS di Bintulu.

Seketika kemudian Malaysia digemparkan oleh pengumuman MAS melantik Idris Jala sebagai CEO/MD nya... Wah... Baru beberapa ketika mengenali insan ini di SMDS, sekarang sudah dilantik pula menjadi orang teratas dalam syarikat penerbangan gergasi yang uzur.. fugh...

Sejak dari hari itu tergerak hati mengikuti perkembangan orang hebat ini. Satu demi satu perubahan yang dilakukan. Yang paling drastik adalah dengan menunggang-terbalikkan pentadbiran dan harta MAS. Jual aset, berhentikan kerja, potong perjalanan ganti itu ganti ini.... Dan beberapa ketika selepas itu, terdengar khabar syarikat penerbangan tersebut sudah punya ruang untuk bernafas. Teringat cerita HOUSE dalam Astro. Seorang doktor bertindak ganas dengan memukul pesakitnya yang sangat2 uzur untuk menghidupkan nya... Inilah Idris Jala... Mungkin inilah formula nya... Sakit2 dahulu...

Tidak cukup itu, pelbagai tomahan dan kejian dilontarkan kepada beliau. Ada yang mengatakan Idris tidak layak kerana:... beliau bukan Melayu... wah??? apa yang ada pada bangsa jika di dalam hati tidak ikhlas... LUPAKAN LA... kita kan SATU MALAYSIA..

Ada juga yang mengeluarkan di dalam akhbar/blog/etc konon-konon nya akaun MAS masih rugi... bla bla bla... Idris mengarahkan akauntan mengeluarkan penyata untung walhal masih rugi.... bla bla bla... HELLOO.... akauntan mana yang sanggup menggadaikan keahliannya dengan mengeluarkan penyata palsu... hairan kan... manusia tidak habis2 dengan jasad dengki

27hb Ogos 2009... sekali lagi IDRIS JALA MENGGEGARKAN MALAYSIA.... Beliau dilantik sebagai Menteri tanpa folio di Jabatan perdana Menteri untuk memantau KPI... KPI>??? Yang pasti KPI itu untuk menentukan pencapaian setiap kementerian dan menteri2nya.. hehehe... Apakah ini bererti menteri2..... ah.. malas mau cerita... FIKIR la SENDIRI...

Apa2 pun, tindakan PM amat lah wajar. Lantikan Idris Jala adalah sesuatu yang tepat. Bukan kerana Idris Jala seorang anak jati Sarawak, tapi lihatlah kemampuan luarbiasa beliau. Idris Jala adalah orang kedua yang saya kagumi selepas Tun Dr Mahathir...
Tahniah DS Idris Jala dan Terima Kasih dan Tahniah juga kepada PM DS Najib

SALAM SATU MALAYSIA... selamat menyambut HARI KEBANGSAAN 2009


Wednesday, August 19, 2009

Pelajar Pintar, Pelajar Pandai








1.
Apakah Score A Programme™?
Score A Programme™ adalah satu program interaktif yang komprehensif dan terbukti keberkesanannya untuk membantu para pelajar bersiap sedia dalam menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan.
2.
Apakah Pembelajaran Input?
"Pembelajaran Input" adalah proses memasukkan maklumat ke dalam sel-sel otak anda. Pembelajaran sekolah sama ada dengan menghadiri kelas di sekolah mahupun mengikuti kelas-kelas tambahan di pusat-pusat tuisyen, membaca, mengulang kaji dan menghafal merupakan "Pembelajaran Input". Terlalu ramai para pelajar menggunakan hanya "Pembelajaran Input", dan inilah punca utama mengapa mereka hanya mendapat pencapaian yang sederhana di dalam peperiksaan mereka. Untuk menyerlah di dalam peperiksaan, anda perlu "Pembelajaran Output" .
3.
Apakah Pembelajaran Output?
Pembelajaran Output ialah suatu kaedah pembelajaran yang melatih para pelajar mengeluar dan menggunakan segala ilmu yang telah dipelajari di sekolah melalui latihan-latihan yang disediakan di Score A Programme.
4.
Mengapa pelajar memerlukan Score A Programme™?
Score A Programme™ telah direka khas secara terperinci bagi menyediakan kepada para pelajar suatu kaedah pembelajaran yang sempurna untuk membantu mereka menghadapi peperiksaan. Dengan mengikuti Score A Programme™, para pelajar boleh menilai kemajuan dan prestasi akademik mereka sendiri dengan mudah dan lebih berkesan. Dengan ini, mereka boleh menilai sendiri tahap keupayaan, kesediaan dan kefahaman mereka tentang apa yang mereka telah pelajari di sekolah. Score A Programme™ memberi peluang kepada pelajar untuk membina keyakinan diri dan sikap positif

5.
Kenapa eReport Card dalam Score A Programme™ penting?
eReport Card merupakan satu ciri yang MESTI ADA di dalam Score A Programme™. Ini adalah untuk memberi maklumat yang terkini kepada ibu bapa tentang kemajuan akademik anak-anak mereka, dan dengan ini ibu bapa dapat mengenalpasti setiap kelemahan dan kekurangan akademik anak-anak mereka sebelum menerima kad laporan sekolah anak-anak mereka. Ini akan membolehkan ibubapa memantau akademik anak-anak mereka dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memperbaiki prestasi akademik mereka.
6.
Apakah aras dan mata pelajaran yang terkandung dalam Score A Programme™?
Semua mata pelajaran yang diajar di sekolah kebangsaan terkandung dalam Score-A Programme™, dan meliputi setiap peringkat persekolahan, bermula dari Tahun 1 ke Tingkatan 3. Score-A Programme™ juga merangkumi semua mata pelajaran yang diajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Segala perisian Score-A Programme™ direka secara khusus untuk mengikuti kurikulum Kementerian Pendidikan, dan meliputi semua peringkat peperiksan kerajaan daripada UPSR dan PMR.
7.
Adakah Score A Programme™ akan membebankan anak saya?
Tidak. Score A Programme bukan satu pengulangan kaedah Pembelajaran Input, dan dengan itu tidak akan membebankan anak anda.
8.
Perlukah anak saya mengikuti Score A Programme™ jika sekarang ini dia juga menghadiri kelas tuisyen?
Perlu, kerana tuisyen adalah satu lagi kaedah Pembelajaran Input. Sebenarnya, Score A Programme™ merupakan pelengkap yang baik bagi kelas tuisyen anak anda.
9.
Mengapakah Score A Programme™ hanya menumpu pada soalan dalam bentuk objektif?
Kerana Score A Programme™ menggunakan teknik Pembelajaran Output dan menguji para pelajar atas tahap pengetahuan dan kefahaman mereka menerusi dalam bentuk objektif.
10.
Adakah bayaran yuran yang dikenakan untuk melanggani Score A Programme™ berpatutan?
Ya, Score A Programme™ adalah satu program yang mampu diguna oleh semua lapisan masyarakat dan sangat bermanfaat.
i. Harga Score A Programme™ berdasarkan "satu keluarga". Oleh itu, lebih ramai anak dalam satu keluarga, yuran pembayaran akan lebih murah.
ii. Score A Programme™ membenarkan setiap pengguna untuk berlatih dengan soalan peperiksaan yang tersedia berulang kali dengan tidak terhad, tanpa perlu membayar wang yang lebih. Program ini adalah berdasarkan konsep - "berlatih mencapai kesempurnaan"
iii. Score A programme™ memberi peluang kepada setiap pengguna ke tahap-tahap berlainan.

Ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan SCORE A... hubungi Duwen di 019 855 6374, atau email duwen_f@yahoo.com atau YM: duwen_f
Kecemerlangan ANAK anda bermula di sini...

Sunday, August 16, 2009

1st Year Without You With Us...


We miss you so much mummy....

Eternal rest give to them, O Lord;
and let perpetual light shine upon them.
Amen...

"My soul magnifies the Lord,
And my spirit rejoices in God my Savior.... "
The Magnificat


Monday, August 10, 2009

Bintulu- Borneo International Kites Festival 2009

Kenyalang Terbang Megah...

Suasana Sekitar Tapak Pesta Layang2 Antarabangsa Bintulu 2009


Bendera Peserta Dari Peringkat Antarabangsa


Bendera Peserta Dari Peringkat Nasional



Udara Bintulu DiPenuhi Oleh Layang2 Gergasi... Meriah...
**************************************************************

Pesta Gudi atau Pesta Layang2 Bintulu berakhir hari ini 9th August 2009 yang telah bermula pada 2nd August yang lalu.
Acara peneutupan malam ini di meriahkan dengan Pertandingan Ratu Kebaya dan juga persembahan dari Juara Akademi Fantasia Musim ke-7 ... Hafiz...
Rakyat Bintulu mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengunjung yang telah datang ke festival ini dan diharap dapat berjumpa lagi pada tahun 2010...