Friday, August 28, 2009

Tahniah Dato' Seri Idris Jala


Mula mengenali Idris Jala dengan hanya panggilan ENCIK ketika beliau masih MD kepada SMDS di Bintulu.

Seketika kemudian Malaysia digemparkan oleh pengumuman MAS melantik Idris Jala sebagai CEO/MD nya... Wah... Baru beberapa ketika mengenali insan ini di SMDS, sekarang sudah dilantik pula menjadi orang teratas dalam syarikat penerbangan gergasi yang uzur.. fugh...

Sejak dari hari itu tergerak hati mengikuti perkembangan orang hebat ini. Satu demi satu perubahan yang dilakukan. Yang paling drastik adalah dengan menunggang-terbalikkan pentadbiran dan harta MAS. Jual aset, berhentikan kerja, potong perjalanan ganti itu ganti ini.... Dan beberapa ketika selepas itu, terdengar khabar syarikat penerbangan tersebut sudah punya ruang untuk bernafas. Teringat cerita HOUSE dalam Astro. Seorang doktor bertindak ganas dengan memukul pesakitnya yang sangat2 uzur untuk menghidupkan nya... Inilah Idris Jala... Mungkin inilah formula nya... Sakit2 dahulu...

Tidak cukup itu, pelbagai tomahan dan kejian dilontarkan kepada beliau. Ada yang mengatakan Idris tidak layak kerana:... beliau bukan Melayu... wah??? apa yang ada pada bangsa jika di dalam hati tidak ikhlas... LUPAKAN LA... kita kan SATU MALAYSIA..

Ada juga yang mengeluarkan di dalam akhbar/blog/etc konon-konon nya akaun MAS masih rugi... bla bla bla... Idris mengarahkan akauntan mengeluarkan penyata untung walhal masih rugi.... bla bla bla... HELLOO.... akauntan mana yang sanggup menggadaikan keahliannya dengan mengeluarkan penyata palsu... hairan kan... manusia tidak habis2 dengan jasad dengki

27hb Ogos 2009... sekali lagi IDRIS JALA MENGGEGARKAN MALAYSIA.... Beliau dilantik sebagai Menteri tanpa folio di Jabatan perdana Menteri untuk memantau KPI... KPI>??? Yang pasti KPI itu untuk menentukan pencapaian setiap kementerian dan menteri2nya.. hehehe... Apakah ini bererti menteri2..... ah.. malas mau cerita... FIKIR la SENDIRI...

Apa2 pun, tindakan PM amat lah wajar. Lantikan Idris Jala adalah sesuatu yang tepat. Bukan kerana Idris Jala seorang anak jati Sarawak, tapi lihatlah kemampuan luarbiasa beliau. Idris Jala adalah orang kedua yang saya kagumi selepas Tun Dr Mahathir...
Tahniah DS Idris Jala dan Terima Kasih dan Tahniah juga kepada PM DS Najib

SALAM SATU MALAYSIA... selamat menyambut HARI KEBANGSAAN 2009


0 comments: