Tuesday, April 20, 2010

The Law Of Attraction / Hukum Tarikan / The Secret


Heloo Semua

Jika tidak lama dahulu kita telah digemparkan dengan pembongkaran SATU RAHSIA ALAM menerusi sebuah buku dan kemudiannya filem yang bertajuk THE SECRET.

The Secret hangat di perkatakan diseluruh dunia sehingga pernah di bincangkan dalam rancangan temubual Oprah dan Larry King. Kemudian dunia pula digemparkan dengan kisah-kisah mengagumkan nama-nama yang tidak pernah didengar secara mengejut. Tidak cukup itu, terbongkar pula kisah-kisah orang ternama dari zaman dahulu sehingga sekarang yang menggunakan RAHSIA ini untuk mereka mengecapi kejayaan dan kekayaan.

Saya sendiri tertanya-tanya apakah ini satu gimik untuk mempromosikan buku tersebut atau ini betul-betul RAHSIA ALAM SEMESTA yang tersembunyi dan menunggu manusia untuk memanfaatkannya.

  • Pernahkah anda melihat seorang yang kaya menjadi semakin kaya....

  • Pernahkah anda kenal seseorang yang sentiasa bernasib baik dan selalu mendapat cabutan tiket bertuah

  • Pernahkah anda mendengar berita orang yang sama selalu kena nombor ekor

  • Bagaimana orang itu boleh selalu menang dalam perjudian

  • Kenapa asyik orang yang sama mendapat kekayaan secara mengejut

  • ATAU... PERNAHKAH anda mengalami sesuatu peristiwa dimana anda mendapat sesuatu yang lama anda idamkan secara kebetulan???

The Secret mengajar kita berkenaan dengan The Law Of Attraction atau dalam Bahasa Melayunya... HUKUM TARIKAN. Hukum ini mengajar kita supaya sentiasa berfikiran POSITIF.

Apa pula yang dimaksudkan berfikiran positif?

The Secret mahukan kita sentiasa fikirkan apa yang kita mahu. Hukum ini mencadangkan KITA AKAN MENDAPAT APA YANG KITA FIKIRKAN... BAGAIMANA? Contoh, sekiranya anda ingin mendapat duit untuk membeli sesuatu yang anda ingini, maka anda hendaklah selalu pikirkan pasal duit yang banyak... Ideanya... FIKIRAN KITA akan menghasilkan suatu gelombang yang akan menarik apa yang kita ingini kepada kita.

Sekiranya kita sentiasa berfikir akan hal-hal yang kita anggap susah... Kita akan menarik lebih banyak kesusahan kepada diri kita. Jika difikirkan secara logik, hal ini memang berlaku....


SEDIKIT PERKONGSIAN DARI SAYA...

Saya telah membeli dua buah buku berkenaan dengan hukum tarikan ini, sebuah yang bertajuk The Secret dan sebuah lagi The Law Of Attraction. Selain itu juga pernah menonton klip-klip dari youtube berkenaan dengan hukum ini. Saya cuba mengamalkannya: 2 peristiwa yang saya alami dengan mengamalkan hukum tarikan ini


PERISTIWA PERTAMA

Pada tahun lepas, awal bulan September 2009, saya sangat memerlukan RM50,000 untuk saya menaiktaraf kedai saya di Bintulu kepada status Platinium. Saya sangat buntu ketika itu dan sangat-sangat meinginkan taraf platinium. Ketika itu saya telah teringat kembali berkenaan Hukum Tarikan.... Dengan cepat saya mencari buku The Secret yang telah saya beli sekian lama. Buku itu telah saya abaikan begitu sahaja. Setelah mengamati buku tersebut, saya berazam untuk mempraktikannya. Selain daripada itu, saja juga segera ke kedai buku untuk mencari buku lain yang berkaitan dengan hukum ini dan terjumpa sebuah buku yang lebih praktikal dan mengajar cara-cara mempraktikan hukum ini... Tajuknya the Law Of Attraction

Saya telah mengikut cadangan-cadangan yang disyorkan. Mula-mula saya menyenaraikan (list order) barangan bagi stok yang saya mahu beli dengan RM50k itu. Kemudian, saya menyediakan ruang di kedai untuk menempatkan stok yang banyak. (Pada ketika itu, saya belum mendapat RM50k dan tidak tahu pun dari mana saya akan mendapatkannya) . Saya juga telah membuat iklan olok-olok berkenaan dengan stok yang banyak dan bakal saya jual (tetapi tidak di iklankan). Selain daripada itu, saya juga telah mengisi borang untuk menaiktaraf kedai tanpa menghantar borang tersebut kepada pihak syarikat terlebih dahulu. Semuanya saya sediakan seolah-olah sudah PASTI mendapat RM50k walaupun pada hakikatnya, saya tidak tahu dari mana saya akan mendapat wang tersebut. Senarai barang yang saya buat itu saya lihat tiap-tiap malam. Pada waktu paginya, sebelum bangun dari katil, senarai itu saya lihat sekali lagi. Dalam sehari saya melihat senarai barangan tersebut lebih dari 20 kali.

Munkin itulah yang dikatakan oleh hukum tarikan, sentiasa berfikiran positif... tidak sampai 2 minggu saya melakukan kelakuan yang pelik itu, saya telah di-offer pinjaman tanpa interest sebanyak RM50k. Saya tidak tahu bagaimana ini boleh berlaku kerana saya tidak pernah memberitahu sesiapa pun berkenaan dengan impian tersebut... THANKSSSS...


PERISTIWA KEDUA

Kedai dimana saya stokis saya beroperasi adalah di dalam sebuah mall yang mana tempat meletak kenderaan sentiasa penuh oleh pengunjung mall tersebut. Jika dahulunya saya jarang mendapat tempat parking yang baik, sekarang, saya tidak menghadapi masalah untuk mencari tempat parking yang dekat dengan kedai. GERENTI ada tempat parking untuk saya walaupun tempat parking yang berhampiran kedai sentiasa penuh. Rahsianya, setiap pagi sebelum turun ke kedai, saya akan katakan kepada diri saya, saya akan mendapat tempat parking yang saya mahukan. Setibanya di perkarangan kedai, saya akan memperoleh parking dengan mudahnya.


PERISTIWA KETIGA

Rahsia hukum tarikan ini telah saya kongsikan dengan rakan-rakan. Malangnya tidak semua yang bersetuju. Mereka hanya mendengar seolah-olah apa yang saya ceritakan sekadar sebuah ilusi. TETAPI... salah seorang rakan di Kuching yang selalu mengeluh hal kerjanya di sebuah syarikat. Dia tidak berpuas hati terhadap layanan yang diberikan oleh majikannya. Dia telah cuba mengamalkan apa yang dicadangkan oleh hukum tarikan ini. Tidak sampai sebulan, dia telah mendapat TAWARAN secara MISTERI oleh sebuah syarikat gergasi Jepun di Kuching. Syarikat itu mengatakan mereka memperoleh biodatanya dari Jobstreet yang mana dia sendiri tidak ingat bila kali terakhir dia membuka lawan web jobstreet. Kini dia telah bekerja ditempat barunya dengan pendapatan hampir Rm10k sebulan, iaitu 3 kali ganda gajinya di syarikat lama...

The Law of Attraction bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Ianya juga bukan sesuatu yang mistik. Hukum tarikan adalah berkenaan dengan pemikiran positif dan bekerja kearah impian kita... Jika terdapat sebarang perkongsian dari pengalaman anda berkenaan HUKUM TARIKAN atau LAW OF ATTRACTION atau THE SECRET, silalah kongsikan di blog ini.

Terima Kasih.... I AM ABUNDANT. Today i attracted Abundant when... many good things come to me... Thank you for the lovely things happened to me.... I am so grateful... i am so grateful...

Monday, April 19, 2010

Tiger, Heineken Dan Stout

Tiga orang sahabat menunggu giliran untuk membuat “persembahan”...
Itulah istilah yang sering digunakan orang-orang yang gila micfofon.

“Zul, lagu biasa... seghhh!!!” ungkapan biasa golongan sahabat yang tak kenal
erti jemu dengan alcohol.
“Yarks... kencing syaitan”
“Sodap tu!!!”
Semuanya pasti akan meluahkan penyesalan sekiranya
masih menahan penangan hentaman cecair berbuih
seperti buih pencuci pinggan...
“ Ah peduli apa....”
“Treeetttt... treeeetttt...” sms berbunyi
“Mana kiah?” ungkapan biasa dalam sms

“Haus....” Isyarat untuk melangkah ke alam misteri...

**************
Tiba-tiba kelihatan seorang perempuan tua yang terbongkok-bongkok keluar dari kereta. Keretanya cantik, bercermin hitam....
“Lawa kitak enda sms aku...” wanita tua itu marah.
Seorang yang sangat lawa di usia mudanya.
Tegas dan sangat mahir dalam bidang perakaunan.
“Baru kami datai” balas seorang rakan, seorang businessman yang berjaya,
menjawab selamba hendak cover line.

“Bulak kitak... Legik ku nanya wawa” balas wanita tua itu tidak puas hati.
“Ni lawyer buruk kitai?”
“Entah....”

Tiba-tiba singgah pula sebuah kereta cantik bewarna kelabu.
“Nya ya deh...”

“Ari ni de?”
“Eh... bosan... perluka warden nya enda ngasoh aku pansut...” balas si lawyer tua dengan selamba. “Nama kitak pansut tadi, nadai di anuk warden?”
“nadai...” balas akauntan dan businessman serentak.

“Ila sepik warden nya..” sesambil member isyarat kepada Wawa.. air biasa. Wawa dengan bingkas bangun dari tempat duduk nya mencapai gelas dan membuka peti sejuk, tempat simpanan Tiger. “Wa... ambik 4 agik...” arah Si Lawyer kepada pemilik bar itu. Wawa dengan senang hati mengeluarkan 4 tin lagi. Dia tersenyum. Pendapatan lumayan baginya.
“Sapa empu gelas nya deh?” Tanya lawyer kehairanan melihat sebiji gelas berisi beer yang
separuh diminum.

“Sapa agik... dutur kitai meh...” Balas businessman.

“Surprise...” tiba-tiba seseorang menerpa keluar dari tandas..
Muka nya merah, keningnya berkilat...
Itulah professor yang sangat mahir dalam bidang perakuanan, dekan di sebuah universiti terkemuka.
Profesor itu senyum tersengih sengih menahan penangan terkaman “harimau”.
“Nama pengawa de lama dalam jamban?” Tanya si akauntan
“Biasalah... corak batik Kelantan...” jawab si professor dengan selamba.
“Sangka kita agik tan, umur nyau tuai beketuk, 2 tin dah sebening...
Kalau zaman i muda-muda dulu... 2 jug... mo man tai”...
tambahnya lagi sambil terkenang zaman mudanya yang telah lama berlalu...
“Kami di strolia kelia, nadai berasai nya... diatu ka nyau lubah...”
“Elo... itu 30 tahun yang lepas... k... zaman nenek aku masih dara...”
balas si businessman...

“Ngirup... ngirup ngirup... umbas nya... am ke waves dah tok...” ajak si lawyer yang gian hendak menari...

“Ngai ... kami ka belagu... zul... lagu biasa please...” balas si professor...
“Aku setuju !!!! “ sampuk si businessman dengan cepat...

“legik kin... waves dolok... Aku chia kitak indu pilipin...” pujuk si lawyer..
“Ok lah...” semuanya akur...

***************

Setibanya di waves..... tiba-tiba terdengar suara orang memanggil...
Oh... ********** rupanya...
(bersambung... nak tahu lebih lanjut... ikuti siri ke-2)

Sunday, April 18, 2010

Pengambilan Mei 2010 kini dibuka !!!


Kepada Yang Berminat Menyambung Belajar SAHAJA

Pengambilan bagi Kemasukan Semester Mei 2010 di OUM sedang berlangsung. Sila lawat pusat pembelajaran yang terdekat dengan anda...

Lawati: http://www.oum.edu.my/

10 SEBAB KENAPA anda perlu belajar:


1.tambah ilmu
2.tambah ilmu
3.tambah ilmu
4.tambah ilmu
5.tambah ilmu
6.tambah ilmu
7.tambah ilmu
8.tambah ilmu
9.tambah ilmu
10.tambah ilmu


Sebetulnya tiada alasan lain untuk anda belajar...

PERCAYALAH, ANDA AKAN MERASAKAN PERUBAHAN KEHIDUPAN YANG SANGAT KETARA SELEPAS ANDA MENDAFTAR SEBAGAI PELAJAR DAN SELEPAS ANDA MELANGKAH MEGAH DENGAN SEGULUNG IJAZAH

Thursday, April 15, 2010

For OUM Students

Fuyoooooo...

Pakabar semua?? Suatu hari yang penuh mencabar. Hari ni aku ambik sorang pekerja baru untuk bekerja di kedaiku. Helen akan jaga pagi sampai petang, manakala seorang lagi akan kerja dari petang hingga malam... Maksudnya Revell Global Shoppe akan beroperasi dari 10pg hingga 9.30 malam ...

Semalam aku telah buka satu blog baru. Blog yang aku tulis khas untuk pelajar OUM yang berminat untuk mengetahui tips-tips berkaitan dengan pembelajaran mereka. Tergerak hati untuk membuka blog baru ini kerana timbul rasa kasihan terhadap pelajar "matang" yang belajar.

Diharap kita dapat berinteraksi di dalam blog ini. Jika soalan yang dikemukakan adalah di dalam bidang aku... i will try to help, kalo dalam bidang orang lain, i try my best to get help from other tutor yang mahir.

Anyway... good luck in ur study...

http://akademikme.blogspot.com/

EdwinF.

Saturday, April 3, 2010

A LADY WHO INSPIRES ME...

Susan Boyle...

Siapa yang tidak kenal akan "makcik" yang tidak mempunyai rupa, berbadan gempal, orang "kampung" itu dan ini...

Di Malaysia... kita dihantui oleh fenomena Akademi Fantasia (AF) yang saban tahun melahirkan artis-artis baru dari rancangan realitinya... Dan sudah terbukti AF berjaya melahirkan artis2 yang berjaya dan telah terbukti juga AF melahirkan artis2 yang ada rupa tapi tidak punya suara... - Sedangkan konsep AF adalah pertandingan nyanyian... (konon2 nya la) tetapi berjaya juga... seperti ... lu pikir la sendiri sapa... DAN tidak kurang juga ramai yang trus tenggelam termasuk sesetengah FINALIS dalam konsert AF... Apakejadah nya...

OK... berbalik pada cerita makcik seorang itu...

Kalau di Malaysia la... aku rasa awal2 lagi makcik tu dah kena reject... Aku imagine, kalau makcik tu ikut ujibakat AF, waktu dia antar borang sudah kena reject, pasal muka sungguh tak commercial...



Begitu juga yang berlaku pada Susan Boyle...

Sebelum memulakan nyanyian, ketika ditemuramah, Susan telah dipandang jijik oleh para penonton... Dan telah "ditemuramah secara sindiran" oleh para hakim Britians Got Telents siri 2009... Salah seorang hakim... Simon Cowell... Tau2 la.. kalau Simon ... sapa tak kenal...
"Apa impian anda...?"
"Menjadi seorang penyanyi profesional..." jawab Susan bersahaja
"habis... masih belum tercapai?" tanya Simon lagi
"Saya masih belum berpeluang, mungkin ini la peluang saya?"
"Kamu hendak menjadi terkenal seperti siapa?" satu lagi soalan sindiran oleh Simon
"Elaine Pages" Jawab Susan dengan yakinnya...
Disaat itu, semua penonton ketawa dan mengeji jawapan Susan yang teringin untuk menjadi terkenal dan hebat seperti Diva pujaan nya, Elaine Pages...
Dia memulakan nyanyian nya... Sebuah lagu lama yang sukar dan jarang dinyanyikan oleh penyanyi moden...
Seketika Susan membuka mulut nya.... Mulut Amanda Holden yang juga salah seorang hakim pertandingan itu terngaga luas...
Simon pula tergamam.... Mungkin menyesal dengan kata kata yang telah dilemparkan kepada Susan sebelum mendengar nyanyiannya...

Susan telah menyanyi dengan yakin... Mendapat tepukan yang sangat sangat gemuruh dari para hadirin yang sebentar tadi mengejinya.. Semuanya berdiri memberi penghargaan kepada Susan...
Lagu "I dreamed a dream" telah menjadi azimat yang memukau seluruh dunia yang menyaksikan rancangan itu yang dipancarkan secara langsung ke seluruh dunia. Sehingga kini, video klip nyanyian Susan Boyle telah mendapat ranking tertinggi dalam Youtube dan telah ditonton melebihi 30juta dalam hanya beberapa minggu di-upload ke internet...
Susan merupakan inspirasi kepada semua orang yang mempunyai cita2 tinggi. Walaupun berasal dari perkampungan terpencil di Scotland, tidak berpendidikan, tiada rupa, tiada pakej untuk menjadi seorang ARTIS,... dengan hanya berbekalkan keikhlasan, keyakinan dan keazaman untuk berjaya... telah membuatkan dirinya lebih terkenal dari semua artis Hollywood yang hebat dalam sekelip mata...
Itulah mukjizat yang telah dilakukan oleh seorang MAKCIK yang sebelumnya dikeji, tetapi sekelip mata telah disayangi oleh seluruh dunia...
PENGAJARAN: Lakukan sesuatu dengan keikhlasan... dan itu lah hasil nya... seperti SUSAN BOYLE... SuBo... Dream is no more a dream...