Thursday, September 2, 2010

Open University Malaysia OUM

OUM??? ok ke??? ini adalah persoalan yang biasa ditanya oleh kebanyakan orang yang meminta nasihat daripada saya untuk melanjutkan pelajaran mereka...

YES.... WHY NOT!!! OUM merupakan universiti swasta yang ke 7 di Malaysia. Walaupun begitu, OUM adalah dibawah "naungan"/ "pemantauan" 11 universiti awam di Malaysia. Oum mengekalkan prestij sebagai sebuah universiti dengan memberikan pendidikan yang berkualiti melalui program diploma hingga ke peringkat PhD dan ianya diiktiraf oleh MQA. (Sila rujuk http://www.oum.edu.my/ bahagian recognition and accreditation)

Kenapa OUM? OUM memberi peluang pendidikan kepada golongan yang sudah bekerja untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Pembelajaran di OUM mengambilkira masa dan juga kesibukan pelajarnya untuk melanjutkan pelajaran. OUM sememangnya sesuai bagi pelajar yang bekerja.

Kursus di OUM juga pelbagai dan para pelajar boleh mengambil jurusan mengikut bidang yang mereka suka ataupun bidang dalam kerjaya semasa mereka. Itu lah kelebihan OUM...

Untuk keterangan lanjut, lawati http://www.oum.edu.my/...