Kemana arah tuju
Destinasiku masih kabur
Hati gundah, lesu, tidak keruan
Dilambung ombak tidak bertepian
Pudar, Bingit, Berdenting
Rasa sayang, rasa benci
Rasa suka, rasa duka
Rasa pahit, rasa manis
Apa sebenarnya
Masih ku ragui
Kemana hilangnya
Dahulu kasih
Sekarang tinggal tanda tanya
Sekali ombak menghempas
Sekali pantai berubah
Angin ribut guruh
Nyiur condong
Adakah cerah esok hari
Kini tulang mudaku menggalas
Kini keringat sulungku tempias
Membawa seribu harapan
Yang disandarkan
Aku YAKIN hari ceria dihadapan
Aku TAHU waktu itu akan tiba
Aku SEDAR tika itu akan menjelma
Aku UTUH detik bahagia akan berkunjung
Aku perlu bersabar
Aku perlu berserah
Dia mengkehendakkan aku menikmati hari ini
Kerana besok aku tidak akan berpeluang menikmatinya lagi
Selamat tinggal penderitaan
Selamat jalan kesedihan
AKU PASRAH YANG ESA ADA SESUATU UNTUK KU
Aku bahagia, aku gembira, aku ceria....
Sabbatical Hiatus
7 years ago
0 comments:
Post a Comment