Sunday, January 8, 2012

Semangat Baharu di Hari Baharu

Bangun awal pagi ini.... Jam 6.00am mata dah terbeliak.... terbuka besar2... Bangun pagi.... ok 6.30am keluar rumah, pergi Church.... (jahat-jahat juga, Tuhan jangan lupa)

After Church, kemudian bersarapan dengan kawan (junior sewaktu di UiTM dahulu) dengan isterinya... Dia orang inilah keluarga aku di Labuan. Asal dari Sarawak.

Selepas sarapan dan berborak, masa untuk balik.... Ingatkan hendak sambung tidur balik. "Tak jadi la, lebih baik aku sambung projek aku yang sudah berbulan-bulan terbengkalai."... Tulis Novel...
"Wah... berbakat ke?"
"Hello, kita pernah menang hadiah saguhati Pertandingan Menulis Cerpen Peringkat Kebangsaan, ok... Pertandingan Formula Malaysia... kau ada?"

Hendak tahu apa ceritanya....
Berkenaan kehidupan seorang wanita biasa yang mempunyai bakat yang luar biasa dalam dunia masakan. Bukan terpengaruh dengan Rancangan Master Chef Musim Pertama, tetapi ini adalah projek yang ingin aku tulis sejak bulan September tahun lepas.... tetapi terbengkalai...

Memandangkan malam ini merupakan pertandingan akhir Master Chef Musim Pertama, adalah semangat sikit untuk menyambung projek penulisan itu...

Oh ya... berbalik kepada cerita novel.... genre nya.... hmmm.... kehidupan vs masakan. Ingin membuat kelainan sikit dalam novel ini yang mana akan menggabungkan kisah kehidupan masyarakat / individu dengan minat - Memasak. Cerita ini berdasarkan pengalaman seorang sahabat penulis yang mana bekerjaya tetapi mempunyai minat yang sangat mendalam dalam dunia masakan. Maksudnya, akan terdapat juga pelbagai jenis resipi yang akan dimuatkan didalam novell ini... kebanyakkannya resipi masakan yang selalu kita dengar tetapi diubah mengikut kreativiti. Selain itu juga dimuatkan resipi ciptaannya sendiri, yang sangat mudah diikuti dan dicuba di rumah.

Hmm... bila agaknya boleh siap? Entah la.... sukar untuk dinyatakan bila, tetapi tunggu sahaja... Harap dapat diterbitkan secepat yang boleh. Saya berjanji, setiap orang tanpa mengira usia, samada lelaki mahupun perempuan, yang minat memasak atau tidak... pasti akan menantikan novel ini...

Have a good day!!!

Edwin F.

0 comments: