Wednesday, January 21, 2009

Obama... You inspires me..

Congrats Mr Obama - 44th President Of America
I donno why, i have to admit, i really admire this guy...
20th January 2009 melakar satu lagi hari yang bersejarah kepada dunia dan kepada Negara Amerika amnya. Dengan perlantikan Barack Obama sebagai President Amerika yang ke 44, tercetus satu lagi perubahan yang yang mewarnai politik dunia.
Jika pada suatu masa, masyarakat Afrika-Amerika merupakan golongan yang mempunyai kasta yang rendah, tapi hari ni, Obama telah membuktikan, warna kulit bukan pengukur. Kini, lelaki berkulit hitam ini telah dipilih sebulat suara oleh rakyat Amerika untuk memimpin mereka dan sekaligus secara tidak langsung untuk memimpin dunia.
Melihat lantikan Obama semalam, secara tidak langsung telah memberi kesedaran kepada saya... Jika rakyat Amerika yang terkenal dengan kedegilan telah berubah hati untuk memilih wakil untuk membawa kebaikan kepada mereka dari kaum yang dahulunya dipandang rendah, mengapa tidak saya harus berubah untuk menjadi lebih baik...
2009 memberi peluang baru kepada setiap manusia untuk berubah.
Setiap berakhir sesuatu tahun, kenapa kita selalu mengucapkan "selamat tahun baru". Kenapa tahun sahaja yang perlu baru tetapi manusia tidak pernah berubah menjadi baru. Ramai antara kita mengambut tahun baru dengan membawa tabiat lama ke tahun baru.
I need to change, and i must change... for good of course...
God Bless ... !!!

0 comments: