Thursday, July 9, 2009

Apa Yang Anda Perlu Buat Jika Terserempak Dengan Hantu...

Hari ini saya ingin berkongsi 6 tips dengan anda mengenai cara-cara mengawal hantu. Tips ini saya perolehi melalui sumber-sumber lisan dengan beberapa pihak yang boleh dipercayai. Walaubagaimanapun, tips ini hanyalah sebagai panduan sahaja. Bukan untuk tujuan komersial untuk masuk 'Seekers'

Tip 1: Hantu Pocong-------------------
Hantu yang berbungkus macam lepat pisangbaru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu rana dia tidak pakai apaapa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.

Tip2: Hantu Langsuir---------------------
Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.

Tip 3: Hantu Pontianak----------------------
Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.

Tip 4: Hantu Raya-----------------
Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.

Tip 5: Hantu Galah-------------------
Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi.Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada disitu.

Tip 6: Hantu Jerangkung-----------------------
Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja,dan paling mudah untuk menewaskannya.Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan.

Gitulah al-kisahnya... ada yang seram sejuk ker?

0 comments: