Wednesday, July 29, 2009

Lawatan Ke HQ Ecofirst Products...


Ecofirst Product merupakan sebuah syarikat jualan langsung yang berdaftar di Malaysia. Merupakan sebuah anak syarikat EcoFirst Consolidated Berhad yang telah berjaya tersenarai di papan utama Bursa Saham Malaysia.
Hujung minggu ini, mulai 31hb Julai sehingga 2hb Ogos, seramai 5 orang wakil / pemimpin Ecofirst di Bintulu (termasuk saya sendiri leee... ) akan terbang ke USJ Subang untuk melihatkan sendiri pejabat syarikat ini yang diwarwarkan besar, dan juga untuk melihat sendiri rangkaian perniagaan EcoFirst yang lain seperti Kumpulan Kolej Universiti SEGI, pusat membeli belah South City Plaza dll.

Dijangka akan tinggal di Hotel The Summit, USJ Subang, yang merupakan juga rangkaian hotel milik penuh Ecofirst Consolidated Berhad.


Penginapan dan Makan ditanggung sepenuh nya oleh pihak syarikat, kecuali tambang penerbangan yang terpaksa ditanggung oleh sendiri. Tapi tak kesah la, kerana tambang penerbangan BTU-KL-BTU murah sahaja. Dan yang seronoknya.... guna MAS... yezzzzzzzz.. Ada makan, k...

Diharap semuanya berjalan lancar...

Ikuti perkembangan perjalan ini dalam posting seterusnya...

0 comments: