Thursday, July 23, 2009

Petua Elakkan Pecah Rumah




Banyak sangat kes pecah rumah. Dan kita pun
jadi bimbang.

Tidur tak lena, nak upah guard mungkin tak mampu.

Saya ada tips dan teknik yang mudah dan murah.
Kalau boleh diamalkan jika bersesuaian.


Tips Menghalang Kecurian.

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu
seorang diri.(mereka mungkin menggunakan anak
sebagai tebusan).
[+] Biarkan kucing jer tidur situ

2. Kunci atau sorokkan semua pisau2 yang terdapat
di dapur sebelum tidur. (kesemua kes kecurian
didapati pisau dan menurut polis mereka akan
mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan
untuk melindungi diri mereka).
[+] Seelok-eloknya jangan gunakan pisau dirumah


3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar
rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas)
, jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut
kerana ini adalah taktik terbaru mereka dimana
mereka telah menunggu diluar pintu rumah
untuk masuk (kes terbaru berlaku di Dungun)
[+] Alternatif lain bukak paip dalam rumah pulak
biar pencuri konfius

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas
(jika tandas jauh) di waktu tengah malam,kejutkan
ibubapa untuk bersama mereka.
[+] Alamat tak tidur ler..

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam
almari baju (cara lama)
[+] Simpan barang kemas di luar rumah

6. Bawa kunci alarm kereta bersama semasa tidur,
in case terjaga tengah malam, cuba on and offkan
balik untuk menakutkan pencuri (menandakan kita
sentiasa alert).
[+] Kalau alarm Proton tu jangan heran kalau
sometimes alarm tu tak berbunyi

7. Tekan button merah alarm kereta anda jika anda
suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah. Bagi
jiran semua terjaga!
[+] ....dan marah anda.

8. Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh
dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan
plet no motor/kereta mereka - (selalunya naik
motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali
kita lalu depan mereka, mereka akan
menundukkan kepala)
[+] Lagi power.. ajak dia orang raya rumah kita

9. Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang
datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita
bertujuan untuk mengambil barang- barang, jangan
benarkan, beri nombor telefon pejabat anda kepada
jiran supaya mereka boleh double check dgn kita.
[+] Kalau dia datang nak ambik barang jiran kita
pulak cam mana?

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada
di sisi atau pastikan juga Codeless Phone anda
berada disisi anda atau pun sambungkan satu
extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan
anda membuat penggilan kecemasan sekiranya anda
terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.
[+] Pastikan handphone ada cukup bateri

0 comments: