Sunday, July 19, 2009

Makan Malam - Kesan Jangka Panjang

``MAMAK, teh tarik gelas besar satu, kasi tarik
tinggi-tinggi tau. Kau bagi kopi O, `kaw' punya
dekat kawan aku ni.'' ``Makan bos?'' ``Makan...
roti canai telur sama nasi lemak sotong. Cepat
sikit ya. Lapar ni.''

``Okey, okey, siap!''

Setelah penat bekerja dan menelaah pelajaran,
tiada yang lebih enak daripada menikmati sekeping
roti canai kosong, telur atau sardin yang baru
diangkat dari kuali leper dan dicecah bersama
kuah kari atau dal.

Selain itu, sepinggan nasi lemak yang masih
`berasap' bersama sambal sotong, lawan dengan
segelas besar teh tarik atau kopi O `kaw'
merupakan antara menu utama pada sebelah malam.

Kalau dahulu, makan di luar pada waktu malam
adalah untuk memenuhi undangan tertentu tetapi
kini perubahan gaya hidup telah menjadikannya
sebahagian rutin harian termasuk selepas detik 12
malam.

Bukan sahaja para pekerja syif malam bahkan juga
pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi, ahli
keluarga, mereka yang tidak boleh tidur (
penghidap insomnia) atau seseorang yang sedang
dalam kesunyian dan mahu bersendirian.

Semuanya berpusu-pusu menceriakan suasana malam
di warung-warung mahupun restoran-restoran sambil
bersembang kosong atau isu-isu semasa di dalam
ataupun luar negara.

Jika Selasa lalu kita didedahkan tentang belacan
dan kaitannya dengan kanser sistem penghadaman,
trend makan malam di luar ini pula mendatangkan
kesan jangka panjang yang lebih buruk kepada
kesihatan.

``Trend ini akan meninggalkan kesan jangka
panjang yang tidak baik terhadap kesihatan
seseorang kerana ia tidak memberikan peluang
kepada lemak untuk dicernakan.

``Lemak yang terkumpul itu akan menyempitkan
saluran darah dan menghalang pengalirannya
menyebabkan beberapa jenis penyakit bergantung di
mana penyumbatan itu berlaku,'' kata Presiden
Persatuan Pemakanan Malaysia, Dr. Tee E. Siong.

0 comments: